JENIS KANABIS

Use Advanced Search

 

                           


 


Berita Semasa

Sejarah SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

      SLAD 4

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

      Ceramah
      Projek NIE

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
 
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
 
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
 
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

  

 


[ Swatch Internet Time ]

 

Pengenalan

Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks.Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.

   Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil,serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok,asal usul,serta iklim dan cara penanaman adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa.

   Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis berhantung kepada kandungan THCnya.THC atau delta 9-tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif,salah satu daripada 61 bahan kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis.Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan.

   Sepuluh tahun yang lalu,amat sukar untuk menjumpai ganja yang mengandungi 1%-2% THC.Tetapi sekarang terdapat jenis ganja yang ditanam khas kerana kandungan THCnya yang tinggi,contohnya sinsemilla yang ditanam di Amerika Syarikat mengandungi 11% THC atau lebih.Kandungan THC juga kan berubah-ubah mengikut jangkamasa ia disimpan sebelum digunakan,tempat dan suhu simpanan dan sebagainya.

Jenis Kanabis

 Kanabis Herba

Ianya dikenali sebagai Ganja,. Marijuana/Grass,Pot/Weed,Bhang, Kif,Takrauri dan Dangga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’.Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

kanabis1.bmp (47514 bytes)

resin.bmp (47094 bytes)

Resin Getah Kanabis(Hashish,Charas)

Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan/ dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk(powbery blok) ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin.Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau,coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4%-12%. Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.

Minyak Hashish

Minyak Hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja.Ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish.Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.Kandungan THC adalah sangat tinggi(sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.

hashish.bmp (37686 bytes)

 

View news headlines at MSNBC

View sports headlines at MSNBC

View technology headlines at MSNBC


 


 
        SEARCH FOR...
 


 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster