HALUSINOGEN

Use Advanced Search

 

                           


 


Berita Semasa

Sejarah SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

      SLAD 4

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

      Ceramah
      Projek NIE

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
 
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
 
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
 
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

  

 


[ Swatch Internet Time ]

 

Pengenalan

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan yang benar dan yang tidak.Jika diambil dalam dos yang tinggi,bahan-bahan ini menyebabkan halusinasi.

 

Jenis Halusinogen

LSD(lysergic Acid Diethylamide)

halu1.bmp (95510 bytes)

LSD juga dikenali sebagai lysergide dan LSD-25.LSD adalah serbuk habluran tidak berwarna atau berbau dan larut dalam air dan alkohol.LSD selalunya dijumpai dalam bentuk cecair,serbuk atau dititik ke atas gula dadu,gelatin atau kertas blotter dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mengeluarkan kesan halusinasi.Kesan LSD adalah seperti berikut:-
  • anak mata membesar
  • tekanan darah menigkat
  • pencerapan deria yang berubah(merasa,memgang,warna atau 
    bunyi)
  • pengalaman psikik(good trip-menyeronokkan atau bad trip-menakutkan)

DMT(Dimenthyltryptamine)

DMT adalah bahan habluran tidak berwarna yang berasal daripada pokok-pokok tertentu West India dan Amerika Selatan.Ia juga boleh dikeluarkan secara sintetik. Biji-biji yang dihancurkan dihidu dan dikenali secara popular di Haiti sebagai cohoba.
PCP(phencyclidine,’Angel Dust’)
PCP yang dikeluarkan secara sah digunakan sebagai ubat pelali(anaesthetic) binatan.Ia juga dikeluarkan oleh makmal-makmal hram dan kadang-kadang dijual sebagai LSD,THC atau meskalin.PCP boleh dimakan atau dihisap selepas ditaburkan di atas ganja atau tembakau.

Meskalin

Meskalin diperoleh daripada kaktus peyote yang mula-mula digunakan oleh orang India Aztec di Mexico beribu-ribu tahun dahulu.Ia masih digunakan dengan sah oleh orang Indian Amerika yang menjadi ahli Native Amerikan Church kerana Perlembagaan Amerika Syarikat tidak membenarkan penganiayaan (persecution) mana-mana dan penggunaannya adalah dengan cara dimakan.Terdapat juga analog-analog meskalin iaitu derivatif amfetamin yang mempunyai kesan serupa seperti meskalin.Di antaranya ialah TMA(3,4,5 trimethoxyamphetamine). TMA-2(2,4,5-trimethoxyamphetamine), DOM(2,5-dimetoxy-4-methylamphetamine) dan MDA(3-metoxy-4,5-methylene-dioxyamphetamine). Analog-analog ini mempunyai kesan beberapa kali ganda lebih kuat daripada meskalin.

Psilosibin Dan Psilosin

halu2.bmp (104630 bytes)halu3.bmp (82674 bytes)

Psilosibin dan psilosin berasal daripada sejenis cendawan bernama "Psilochbe Mexicana" yang ditanam di Mexico.Ia juga digunakan oleh Orang Indian Amerika yang menjadi ahli Native American Church.Psilosibin juga dikeluarkan secara sintetik dan terdapat dalam bentuk serbuk putih atau sebagai larutan jernih.
 

View news headlines at MSNBC

View sports headlines at MSNBC

View technology headlines at MSNBC


 


 
        SEARCH FOR...
 


 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster