Make your own free website on Tripod.com

KOKAIN

Use Advanced Search

 

                           


 


Berita Semasa

Sejarah SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

      SLAD 4

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

      Ceramah
      Projek NIE

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
 
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
 
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
 
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

  

 


[ Swatch Internet Time ]

 

Pengenalan

Kokain berasal daripada daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroloxylon yang terdapat di Peru,Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes,Amerika Syarikat.Bahan ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat.

 

Jenis Kokain

Daun Koka

Daun koka adalah daun pokok Erythroxylon Coca yang tumbuh di kawasan Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

co1.jpg (4520 bytes)

Paste Koka

Paste koka adalah bahan ekstrak daun koka selepas daun tersebut dituai.Ia diperoleh dengan mencampurkan daun koka hencur dengan alkohol/benzol,asid sulfurik dan natrium karbonat serta menapis dan mengeringkan campuran tersebut.Ia kebanyakannya bes koka atau base.Ia dihisap bersama ganja atau tembakau.Paste koka dibersihkan untuk dijadikan kokain.

co2.jpg (2991 bytes)

Kokain

Kokain adalah serbuk habluran putih dan tidak berbau yang dihasilkan daripada paste koka.Ia seringkali didapati dalam bentuk kokain hidroklorida dan merupakan bahan stimulan yang kuat.Ia selalunya dihidu(untuk kokain yang sehingga 82% tulen) atau dihisap.Ia juga kadang-kadang dicampur dengan heroin(speedballing) dan disuntik ke dalam pembuluh darah (mainlining) atau di bawah kulit(skin-popping).

Cocaine Freebase

Cocaine Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala bahan campuran dan dihisap dalam bentuk tulen.Ia diperoleh dengan melarutkan kokain,yang biasanya tidak lebih daripada 50% tulen,ke dalam air yang mana kemudiannyadiekstrak dengan menggunakan bahan kimia yang mudah meletup/terbakar.Cocaine Freebase ini dihisap dengan menggunakan paip khas.

co3.jpg (4643 bytes)

co4.jpg (5683 bytes)

Crack Cocaine

Crack Cocain yang juga dikenal sebagai kokain rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen yang dihisap.Crack Cocaine adalah campuran kokain dengan baking powder yang hasilnya berbentuk granules.Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.

 

Kesan Dan Bahaya Penggunaan

  • Euforia
  • Bercakap berlebih-lebihan.Dengan dos yang tinggi menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain kerana tidak munasabah.
  • Rasa puas hati yang diperoleh dengan dos rendah bertukar kepada rasa bimbang dan rasa gelisah dengan dos tinggi
  • Rasa cergas yang diperoleh dengan dos rendah menimbulkan kekeliruan dengan dos tinggi
  • Tidak dapat tidur
  • Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri
  • Halusinasi dan paranoia
  • Desakan untuk melakukan kerja yang berulang-ulang
  • Pergantungan fizikal dan psikologi serta meningkatkan daya tahan
  • Psikosis kokain seperti psikosis amfetamin.
 

View news headlines at MSNBC

View sports headlines at MSNBC

View technology headlines at MSNBC


 


 
        SEARCH FOR...
 


 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster