Make your own free website on Tripod.com

BERITA SEMASA

Use Advanced Search

 

                           


 


Berita Semasa

Sejarah SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

      SLAD 4

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

      Ceramah
      Projek NIE

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
 
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
 
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
 
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

  

 


[ Swatch Internet Time ]

 

BULAN JULAI 2001

 

KEJAYAAN TERBESAR SKUAD SLAD SMK TAMAN TASIK TAIPING

SMKTT telah terpilih menjadi salah sebuah sekolah daripada lima buah sekolah yang paling aktif dalam kegiatan pencegahan dadah di seluruh Malaysia. Pada 26 Jun 2001, Pengetua SMKTT, En Mohd Arif Bin Ramli telah menerima Sijil Kejayaan ini daripada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Angkasapuri, Kuala Lumpur bersempena Hari Anti Dadah Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2001.

 

Perwujudan Bilik Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD )

Pada awal tahun 2001, ahli-ahli SLAD 4 telah mewujudkan sebuah Bilik SLAD yang dinamakan 'Studio SLAD' SMK Taman Tasik. Cadangan penubuhan bilik ini diberi oleh Pegawai PPD yang melawat sekolah kami iaitu Encik Ahmad Azam Shah. Perwujudan bilik ini telah mengambil masa beberapa bulan. Logo SLAD dilukis dan dicat oleh sebilangan ahli-ahli SLAD 4 sebagai lambang Studio SLAD.

 

Penghasilan Buku  Skrap dan Folio SLAD

Semenjak kemasukan SLAD 4, usaha untuk mencari keratan akhbar mengenai dadah telah dilaksanakan agar dapat mengumpul banyak keratan akhbar untuk dimuatkan dalam buku-buku skrap SLAD.Folio SLAD pula dihasilkan selepas menyiapkan buku skrap tersebut. Folio ini dimuatkan dengan maklumat-maklumat dadah. Pada bulan ini, semua ahli SLAD 4 telah menyerahkan buku skrap dan folio masing-masing untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah.

 

 Karnival Kegiatan Seni Jauhi Dadah

Bersempena dengan Karnival Kegiatan Seni Jauhi Dadah peringkat Daerah Larut Matang dan Selama yang berlangsung di Sekolah Menengah Treacher Methodist pada 30 Jun 2001, skuad SLAD SMK Taman Tasik telah menghantar wakil untuk bertanding dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan. Antara pertandingan yang dimasuki adalah pertandingan melukis poster, nasyid dan dikir barat.

 

View news headlines at MSNBC

View sports headlines at MSNBC

View technology headlines at MSNBC


 


 
        SEARCH FOR...
 


 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster