SEJARAH SLAD SMKTT

Use Advanced Search

 

                           


 


Berita Semasa

Sejarah SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

      SLAD 4

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

      Ceramah
      Projek NIE

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
 
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
 
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
 
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

  

 


[ Swatch Internet Time ]

 

SEJARAH SLAD SMK TAMAN TASIK

     Skuad Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) telah ditubuhkan buat ulung kalinya pada tahun 1997 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping, sekolah yang baru mencecah usia setahun jagung ketika itu. Skuad Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) ini telah ditubuhkan di bawah bimbingan Cik Manjula a/p Padmanathan yang telah mengikuti Kursus Kejurulatihan Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) di Pengkalan Hulu, Perak pada tahun 1997. Sememangnya ketika itu nama Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) memang asing bagi pelajar-pelajar serta warga sekolah kami. Dengan dianggotai oleh 20 orang pelajar Tingkatan 2 yang digelar Skuad SLAD 1 yang diketuai oleh Saudara Ahmad Salahuddin bin Mohd. Harithuddin, kami telah mula mengorak langkah memantapkan skuad kami agar dikenali warga sekolah kami dan seterusnya mendapatkan sokongan mereka. Seterusnya Skuad SLAD 2 pula ditubuhkan pada tahun 1999 dengan Saudara Chuah Chong Ka mengetuai skuad tersebut. Tertubuhnya Skuad SLAD 3 pada tahun berikutnya yang diketuai oleh Saudara Mohd Zulfikri bin Rizlan. Pada tahun 2001, Skuad SLAD 4 pula ditubuhkan dengan diketuai oleh Saudara Lim Seng Joe.

     Apa yang unik di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping adalah semua pelajar yang telah menamatkan Program Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) ini akan kekal dalam Skuad SLAD sehingga mereka tamat Tingkatan 5. Kumpulan pelajar ‘senior’ diberi pengiktirafan atau penganugerahan dengan menganggotai ‘Majlis Tertinggi SLAD’ dan pelajar-pelajar ini bertanggungjawab untuk melatih serta membimbing pelajar-pelajar yang baru agar mereka dapat memainkan peranan yang aktif sebagai anggota Skuad SLAD. Skuad SLAD kami lazimnya mengadakan mesyuarat pada setiap hari Selasa bermula pada pukul 1.50 petang manakala Majlis Tertinggi SLAD pula bersidang pada hari Rabu.

     Secara amnya, seramai 70 orang pelajar kami telah menamatkan program ini dengan jayanya dari tahun 1997 hingga 2000 dan 30 orang lagi bakal mendapat sijil bagi tahun ini. Dalam tempoh 4 tahun penubuhan Skuad Skim Lencana Anti Dadah ( SLAD ) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Taiping, kami telah banyak mencapai kejayaan, baik di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

 

 

View news headlines at MSNBC

View sports headlines at MSNBC

View technology headlines at MSNBC


 


 
        SEARCH FOR...
 


 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster