| |
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa
perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum
yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah:
- kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja,
disiplin, dan hasil kerja
|
- meradang tidah tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya
|
- mengelakkan diri daripada tanggungjawab
|
- tabiat suka menyembunyikan apap-apa yang dilakukan atau dimiliki
|
- hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan
berair atau mata yang redup dan kuyu
|
- parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna
akibat menghisap ganja
|
- berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah
|
- meminta wang yang berlebihan daripada keluarga
|
- suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang
yang mudah dijual di rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau
kaum keluarga
|
- selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor,
bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengih dadah
|
. |
|
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan
sendiri yang seseorang itu penagih dadah berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada
baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan
ataupun merujukkanya kepada pakar-pakar perubatan.
|
|
| |
|
|
SEARCH FOR...
|
|
|
|