| |
Pengenalan |
Kokain berasal daripada daun koka atau Erythroxylon
coca dan lain-lain jenis pokok Erythroloxylon yang terdapat di Peru,Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes,Amerika Syarikat.Bahan ini kebanyakannya digunakan
di Amerika Syarikat.
Jenis Kokain |
Daun Koka
Daun koka adalah daun pokok Erythroxylon Coca
yang tumbuh di kawasan Pergunungan Andes, Amerika Selatan. |
|
Paste Koka
Paste koka adalah bahan ekstrak daun koka
selepas daun tersebut dituai.Ia diperoleh dengan mencampurkan daun koka
hencur dengan alkohol/benzol,asid sulfurik dan natrium karbonat serta
menapis dan mengeringkan campuran tersebut.Ia kebanyakannya bes koka
atau base.Ia dihisap bersama ganja atau tembakau.Paste koka dibersihkan
untuk dijadikan kokain.
|
|
Kokain
Kokain adalah serbuk habluran putih dan tidak
berbau yang dihasilkan daripada paste koka.Ia seringkali didapati dalam
bentuk kokain hidroklorida dan merupakan bahan stimulan yang kuat.Ia
selalunya dihidu(untuk kokain yang sehingga 82% tulen) atau dihisap.Ia
juga kadang-kadang dicampur dengan heroin(speedballing) dan disuntik ke
dalam pembuluh darah (mainlining) atau di bawah kulit(skin-popping). |
Cocaine
Freebase
Cocaine Freebase adalah bes kokain yang bebas
daripada segala bahan campuran dan dihisap dalam bentuk tulen.Ia diperoleh
dengan melarutkan kokain,yang biasanya tidak lebih daripada 50% tulen,ke
dalam air yang mana kemudiannyadiekstrak dengan menggunakan bahan kimia
yang mudah meletup/terbakar.Cocaine Freebase ini dihisap dengan
menggunakan paip khas. |
|
|
Crack Cocaine
Crack Cocain yang juga dikenal sebagai kokain
rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen yang dihisap.Crack Cocaine
adalah campuran kokain dengan baking powder yang hasilnya berbentuk
granules.Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat
berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang
agak singkat. |
Kesan Dan Bahaya Penggunaan |
|
- Bercakap berlebih-lebihan.Dengan dos yang
tinggi menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain kerana
tidak munasabah.
|
- Rasa puas hati yang diperoleh dengan dos
rendah bertukar kepada rasa bimbang dan rasa gelisah dengan dos tinggi
|
- Rasa cergas yang diperoleh dengan dos rendah
menimbulkan kekeliruan dengan dos tinggi
|
|
- Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan
diri
|
|
- Desakan untuk melakukan kerja yang
berulang-ulang
|
- Pergantungan fizikal dan psikologi serta
meningkatkan daya tahan
|
- Psikosis kokain seperti psikosis amfetamin.
|
| |
|
|
SEARCH FOR...
|
|
|
|