DESIGNER DRUGS

Use Advanced Search

 

                           


 


Berita Semasa

Sejarah SLAD

Organisasi SLAD

      Pentadbiran SLAD
      Organisasi SMKTT
      SLAD 1
      SLAD 2
      SLAD 3

      SLAD 4

Aktiviti SLAD

      Melukis Mural
      Pentomin
      Poster Anti Dadah
      Laman Web SLAD

      Ceramah
      Projek NIE

Kejayaan

Nostalgia

 

                                   


Opiat
 
      Jenis 
      Bahaya
      Kesan
Kanabis
 
      Jenis
      Bahaya
      Kesan
Depresan
Stimulan
 
      Amfetamin
      Kokain
      Syabu
Halusinogen
Designer Drugs
Sebab
Akibat
Tanda

 

  

 


[ Swatch Internet Time ]

 

Pengenalan

es1.jpg (3088 bytes)es2.jpg (3645 bytes)

Designer drugs merupakan satu kumpulan analog bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi.Analog adalah bahan-bahan kimia tiruan yang hanya berbeza kecil dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan bahan kimia induknya.

Ciri Utama

  • Dikeluarkan dengan tujuan mengelakkan kawalan undang-undang.Dadah disenaraikan mengikut nama dan struktur kimia di bawah kebanyakan undang-undang.Designer drugs terkecuali daripada kawalan undang-undang kerana ia merupakan bahan-bahan kimia yang baru dicipta dan seringkali diubah struktur kimianya.Oleh itu amat rumit sekali untuk menyenaraikan bahan-bahan ini mengikut struktur kimia tertentu.
  • Dicipta dan dikeluarkan secara haram oleh ahli kimia yang mahir. Ahli kimia yang mahir dan berpengalaman mencipta dan mengeluarkandesigner drugs secara haram dengan menggunakan peralatan yang ringkas dan sedikit sahaja bahan mentah.Tiada risiko yang dihadapi kerana tiada bahan mentah seperti heroin yang perlu diseludup untuk membuat designer drug.Keuntungan yang diperoleh adalah besar.
  • Bahan ini sangat susah untuk dikesan dalam cecair badan kerana jumlahnya yang sangat sedikit dan identitinya yang tidak menentu.Walau bagaimanapun, ia mendatangkan kerosakan tisu yang teruk dan boleh membawa maut.Sejenis designer drug telah dilaporkan menyebabkan sebanyak 100 kes kematian di California,Amerika Syarikat.Sejenis designer drug lain(MPTP) telah mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson’s Disease yang mana sukar untuk diubati.Designer drug MDMA pula telah didapati menyebabkan keadaan psikotik seperti mana yang dialami oleh pengguna kokain dan amfetamin.

 

Tiga Kumpulan Utama Designer Drugs

Analog Fentanyl

Contohnya 3-methyl fentanyl yang merupakan analog kepada fantanyl.Fantanyl adalah sejenis narkotik yang digunakan dalam perubatan sebagai ubat pelali.Fantanyl adalah 100 kali lebih kuat daripada morfin, manakala analognya iaitu 30menthyl fentanyl yang dikeluarkan secara haram adalah kira-kira 3000 kali lebih kuat daripada morfin

Analog Pethidine

Contohnya MPPP atau 1-methyl-4-phenyl-propionoxy-piperidine dan MPTP atau 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-tetrahydropyridine yang lebih kuat daripada bahan kimia induk iaitu pethidine.

Analog Methamphetamine

Contohnya MDMA atau 3,4-methylenedioxyamphetamine yang juga lebih kuat kesannya daripada bahan kimia induk iaitu methamphetamine.MDMA juga dikenali sebagai Ecstasy.

 

Kesan Dan Bahaya Penggunaan

  • Ecstasy merupakan mood enhancing drug yang mempunyai kesan terhadap persepsi pengguna kepada keadaan sekeliling terutama warna dan bunyi.
  • Dadah jenis ini juga dikaitkan dengan sindrom goyang kepala berasaskan irama muzik yang kuat yang akan mnyebabkan denyutan jantung mengikut rentak muzik.Kesannya kerosakan otak,kekejangan otot dan tremors
  • Ecstassy memberi kesan kepada neurotransmitter yang dipanggil serotonin yang mengawal rasa lapar ,letih dan tekanan perasaan. Semasa pengambilan dadah ini, seseorang itu akan menjadi seronok dan boleh berseronok sepanjang malam tanpa berasa letih.Apabila kesan berkurangan ia akan mengalami keletihan dan tekanan perasaan yang teruk.Jika diteruskan boleh menyebabkan kerosakan otak.
  • Pengambilan ecstassy bersama-sama dengan minuman keras sewaktu menari akan menjadikan badan seseorang kehilangan air dan suhu badan meningkat, mengakibatkan pengsan dan kemungkinan merosakkan organ-oragan seperti buah pinggang,hati dan jantung.
 

View news headlines at MSNBC

View sports headlines at MSNBC

View technology headlines at MSNBC


 


 
        SEARCH FOR...
 


 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster