|
|
Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks.Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama. Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil,serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok,asal usul,serta iklim dan cara penanaman adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa. Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis berhantung kepada kandungan THCnya.THC atau delta 9-tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif,salah satu daripada 61 bahan kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis.Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan. Sepuluh tahun yang lalu,amat sukar untuk menjumpai ganja yang mengandungi 1%-2% THC.Tetapi sekarang terdapat jenis ganja yang ditanam khas kerana kandungan THCnya yang tinggi,contohnya sinsemilla yang ditanam di Amerika Syarikat mengandungi 11% THC atau lebih.Kandungan THC juga kan berubah-ubah mengikut jangkamasa ia disimpan sebelum digunakan,tempat dan suhu simpanan dan sebagainya.
|
|
Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi maklumat, sila email kepada webmaster |